Sunday 13 November 2011

IKATAN HATI

Salam,

WANITA SABAH

Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu bekerja di Klinik Pakar Perubatan dulu, melihat seorang pesakit perempuan muda. Seorang pelajar KLMU yang ayu berbaju kurung dan sentiasa senyum. Tidak siapa sangka beliau punyai congenital heart disease dan datang untuk rawatan susulan.

Sewaktu berbicara dengan beliau berkenaan penyakit, saya berasa pelik. Pelik kerana tidak pernah jumpa seorang wanita yang begitu bersopan santun dalam kata-katanya. Dan juga loghatnya lain. Beberapa kali sewaktu bertanya, saya dongak kepala dan cuba lihatnya secara terperinci. Kata-katanya membuah rasa hormat dalam diri saya.

Di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah.
Ku datang berhajat mencari chenta.

Sebelum selesai, saya bertanya, "Cik orang mana yer?""Orang Sabah," jawapnya ringkas. Seorang staf perempuan di klinik perasan tindak-tanduk saya. "Aik doktor, minat ker?""Nanti saya nak kahwin ngan orang Sabahlah," jawap saya dengan yakin.