Saturday 29 October 2011

TENTANG JIWA DAN KATA-KATA


KOSONG

Semua orang pernah jatuh. Jatuh daripada satu tahap euphoria dan berkeyakinan diri, akhirnya tersungkur di atas tanah juga. Pada ketika itu jiwa rasa kosong, rendah diri selimut diri dan sedar kembali siapa dirinya. Mungkin ini adalah peluang untuk kita belajar tentang erti kehidupan.

Setelah jatuh, barulah kita tahu betapa kecilnya kita.

Namun ada kalanya kita rasa sukar untuk terima bahawa kita bukan berada lagi di atas. Menyebabkan kita hilang perasaan, bersikap acuh tak acuh dan menyendiri.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah al-Baqarah 2:155) 


Sunday 23 October 2011

TEGUR MENEGUR


HULK

Bila sebut tentang hak asasi manusia, ianya mengingatkan kita tentang pemansuhan sistem hamba dan kesamarataan hak antara wanita dan lelaki. Mungkin dogma hak asasi manusia ini bermula di situ. Kemudiannya ianya berkembang menjadi hak bersuara, hak mengundi, hak terhadap pendidikan dan kesihatan, hak rakyat, hak kaum minoriti dan sebagainya.
“Ikut(hak) sayalah saya nak buat apa. Nafsu saya!” kata seorang lelaki ditangkap berkhalwat pada peserta Imam Muda yang memberi nasihat.
Kemudian, perjuangan hak asasi  berubah wajah. Diperjuangkan hak untuk berzina, hak untuk melacur, hak untuk menggugurkan kandungan tanpa sebab kukuh, hak homoseksual, hak untuk mengamal euthanasia dan sebagainya. Akhirnya menjadi hak manusia untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan, asalkan ianya tidak mencabul hak orang lain(walaupun akhirnya ianya berlaku).

Banyak kes kematian mengejut. Apabila dibedah siasat kebanyakannya mati akibat serangan jantung.
Kematian boleh berlaku bila-bila masa.

Saturday 8 October 2011

GERAKAN MUDA

Musim kedua blog sayadoktor bermula!!

KARIER DUNIA

Saya seperti individu lain, mempunyai cita-cita dalam hidup. Saya ingin menjadi seorang pakar perubatan keluarga dalam bidang kerjaya saya. Selain itu saya juga ingin menceburkan diri dalam perniagaan satu hari nanti. Selain kerjaya, saya ingin menyumbang sesuatu yang berguna pada masyarakat di luar bidang kerjaya saya. Juga membina sebuah keluarga.

Sekarang pegawai perubatan, insyaAllah kelak pakar perubatan.

Maka untuk itu, saya berusaha memperolehi ilmu perubatan, tebal muka untuk bertanya soalan, meluangkan masa selepas waktu kerja untuk jalankan program, keluarkan duit sendiri untuk program, buat locum untuk dapatkan pendapatan lebih dan sebagainya.

Salah satu nikmat dunia yang dikejar adalah makan. Bersama rakan kerja Dr Shirley, Dr Jelilah
dan Dr Liyana yang memberi pendedahan tentang langkah membina masjid, di restoran
Black Canyon.
Pada masa yang sama, seperti juga kata-kata individu lain, di penghujung ayat, saya juga ingin berjaya di akhirat. Itu yang utama.