Monday 26 September 2011

EPISOD AKHIR BLOG SAYA DOKTOR


Salam,

MENULIS

Saya masih ingat, ketika ujian semester 1 tingkatan 5 di MRSM Langkawi dulu, untuk karangan Bahasa Melayu, saya terkesima bila tatapi markah 50% pada kertas saya. Rasa kelam masa depan. Segera saya jumpa cikgu BM masa itu, saya masih ingat cikgu Murni namanya. Selepas itu, saya menerima latihan intensif menulis karangan sehinggalah mencapai A1 dalam Bahasa Melayu semasa SPM.

Saya seorang yang berfikir banyak. Sambil baring atas katil, tenung dinding, saya akan berfikir. Sehinggakan ada kawan yang lalu lalang berkata, “Ya Allah Azzad, apa kau fikirkan tuuu!!” Sehinggakan buah-buah fikiran yang terlahir berulang-ulang dalam fikiran, sampai tidak tertidur.

Suatu hari ketika di Volgograd, Rusia, saya ambil keputusan meluahkan fikiran dengan menulis pada blog. Ianya lebih kepada melepaskan saya daripada kekusutan berfikir, berbanding berkongsi dengan orang ramai. Pada masa awal-awal dulu, satu artikel pendek boleh ambil masa 2-3 hari untuk disiapkan. Namun kebanyakannya melibatkan isu ‘berat’, jadi tidak ditelaah ramai.

Sunday 11 September 2011

SAJAK UNTUK PARI-PARI PENYAIR

Sukarnya,
Menyimpan perasaan,
Menghadang ombak kerinduan,
Pada,
Pari-pari penyair.

Percayalah,
Langkah ini,
Disiplin diri,
Adalah tiang,
Kelak syurga dunia,
Agar utuh dirahmati-Nya.

Percayalah,
Diri persis dalam usaha ini,
Kerna ku cinta Ilahi,
Maka diri dambaimu.

Memasak Laksa Penang buat kali pertama dalam hidup.

Thursday 8 September 2011

SAJAK BUAT CHENTA

Chenta,
Hadirmu suatu rahmat,
Bagiku satu kegembiraan,
Satu suntikan,
Agar ku menjadi lebih baik.


Pulang rumah disambut langit.

















Namun,
Seperti yang ku tahu,
Tiada chenta sehebat bidadari,
Tiada juga lelaki,
Yang sempurna,
Pincangnya chenta,
Ku lihat cermin diriku jua.