Saturday 9 July 2011

MEMBAWA PERUBAHAN


PERUBAHAN ITU SUKAR

Salah satu keajaiban ciptaan Allah swt adalah ianya berada pada keadaan yang berubah-ubah. Lihatlah perubahan langit, dari malam ke siang. Ianya bagaikan kertas lukisan untuk Allah tarik perhatian manusia setiap hari kepada-Nya. Pergerakan awan dan sinaran matahari berubah begitu tenang dan lancar.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (A-li'Imraan 3:190)
Nampak tak?


Namun jika kita mahu mengubah manusia, ianya sungguh sukar. Kerana manusia berbanding ciptaan lain mempunyai kompleks fikiran, emosi dan ego di dalam dirinya. Walau sebagaimana kita berusaha, kita mungkin berakhir dengan jalan buntu.
Dan bersabarlah dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (Al-Nahl 16:127)
JAMPI BERUBAHLAH KAMU

Jika kita melihat sesuatu perbalahan dari pandangan orang ketiga(neutral), kita dapat lihat wujud seperti hijab menghalang manusia nampak akan kesalahan, kekurangan dan kepincangan masing-masing. Mereka hanya nampak kesalahan orang lain, tidak kisah antara suami isteri, kawan-kawan malah di bidang politik. Secara separa sedar, kita melihat yang perlu berubah adalah orang lain dan bukan kita.