Sunday 13 November 2011

IKATAN HATI

Salam,

WANITA SABAH

Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu bekerja di Klinik Pakar Perubatan dulu, melihat seorang pesakit perempuan muda. Seorang pelajar KLMU yang ayu berbaju kurung dan sentiasa senyum. Tidak siapa sangka beliau punyai congenital heart disease dan datang untuk rawatan susulan.

Sewaktu berbicara dengan beliau berkenaan penyakit, saya berasa pelik. Pelik kerana tidak pernah jumpa seorang wanita yang begitu bersopan santun dalam kata-katanya. Dan juga loghatnya lain. Beberapa kali sewaktu bertanya, saya dongak kepala dan cuba lihatnya secara terperinci. Kata-katanya membuah rasa hormat dalam diri saya.

Di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah.
Ku datang berhajat mencari chenta.

Sebelum selesai, saya bertanya, "Cik orang mana yer?""Orang Sabah," jawapnya ringkas. Seorang staf perempuan di klinik perasan tindak-tanduk saya. "Aik doktor, minat ker?""Nanti saya nak kahwin ngan orang Sabahlah," jawap saya dengan yakin.



CARA PELIK 

Melihat kawan-kawan berpasangan adalah kebiasaan kini. Ada yang bercinta bertahun-tahun dan akhirnya putus. Ada yang bertukar-tukar pasangan. Namun ada pula yang pelik.

Pelik untuk zaman kini. Apabila ada beberapa kenalan yang tidak berjumpa pasangan sebebas budaya masyarakat kini. Mereka berjumpa beberapa kali di depan kehadiran ibu bapa si gadis. Kemudian menyusul ke arah pertunangan dan perkahwinan dengan cepat dan mudah.

Menambah udang dalam kangkung goreng belacan adalah suatu yang pelik.
Masakan kurang menjadi, sebab terlebih belacan dan bahan dilesung
tidak ditumis dengan baik. Kena cuba lagi.
Kenapa dan mengapa pelbagai fenomena berpasangan berlaku bermain di fikiran saya. Saya cuba fahami. Namun saya bayangkan jika saya memilih cara yang pelik, mungkin sukar untuk menjadi. Apatah lagi dalam suasana huha-huha Kuala Lumpur.

UKUR BAJU

Saya seperti mempunyai trauma minda dalam memilih saiz baju dan seluar. Kerana banyak kali kebelakangan ini, pakaian yang saya baru beli, kecut sesudah dibasuh beberapa kali. Jadi ketat dan tidak selesa bila dipakai. Rasa rugi beli.

Tiba-tiba saya tersedar, mungkinkah sebenarnya badan saya yang semakin debab? Tetapi salahkan baju.

Mungkinkah ku kan temui chenta di Sabah?
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26)
Begitulah juga dalam memilih pasangan. Kita kadang-kadang sibuk melihat kelebihan dan kekurangan calon pasangan yang 'ingin dipakai' dan lupa mencermin diri sendiri. Jika kita inginkan suami atau isteri yang baik(pakaian yang cantik), marilah kita berusaha menjadi seorang yang baik terlebih dahulu(kuruskan badan dahulu).

Mencari buku untuk menambah ilmu.
Terjumpa buku Tentang Cinta oleh Ustaz Pahrol.
Ukurlah baju di badan sendiri.

PETIK BUNGA

Atas niat yang baik, memilih cara yang baik, alhamdulillah saya TELAH BERJAYA mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis Sabah pilihan sendiri. Semoga Allah swt rahmati dan redhai terhadap perhubungan ini. Saya minta pembaca semua doakan kebaikan untuk saya dan pasangan(maklumat dirahsiakan atas faktor keselamatan).

Selamat Pagi Chenta!!!

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

36 comments:

  1. tahniah :) doakan yg terbaik dan lancar semuanya dan dberi ketenangan hati

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. akhirnya jumpa jugak. tahniah. semoga Allah memberkati :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    WAH!! MABRUK!! TAhniah Dr..
    Semoga berkekalan hingga ke syurga yg kekal abadi.
    semoga Dr n jg pasangan sentiasa berada dlm rahmat Allah.. tahniah once again~

    ReplyDelete
  4. tahniah ye en azzad....usaha kuruskan badan ye?
    semoga berjaya ya =)

    ReplyDelete
  5. waaa..tahniah dr.. sabah bahh =)

    ReplyDelete
  6. salam, tahniah Dr atas pertunangannya,

    so lepas ni tak yah lah risau2 pasal pasangan. kalau ada jodoh tak ke mana ye doc? hee :)

    ReplyDelete
  7. waaa...tahniah dr.!!! epi sgt tgk dr. dh jmpe smone..smoga kekal smpai syurga =)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, saya doakan untuk doktor :) saya gembit=ra dengar khabar ini

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, moga segalanya dipermudahkanNYA. Jgn bertunang lama2 Dr.

    K. Rohani

    ReplyDelete
  10. tahniah doc! diam diam ubi rupanya ya... :)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih semua pembaca. Kata2 doa anda membantu.

    K.rohani: kenapa jgn lama kak?

    ReplyDelete
  12. tahniah doc:))) heppy sgt,,xla n3 yg berbaur nk cri jodh dh lph ni hihi,,ouh ya,,patut la nk berkhidmat kat sbh ya?hihihi...ada udg di sebalik goreng kngkung belacan :))

    ReplyDelete
  13. wah! so sudden. well, for me as a reader. anyway, congratulations to u and your future wife! may Allah swt bless both of you.. :))

    ReplyDelete
  14. Congrats Dr Azzad! Semoga ke jinjang pelamin dan berbahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...rupa2nya..disinilah langit yg hendak dijunjung itu ye...semoga beroleh keberkatan dgn pertunangn dan berakhir dgn perkahwinan kelak..InsyaAllah..Barakallah!

    ReplyDelete
  16. tahniah dr.!
    im happy for u.. :))

    ReplyDelete
  17. tahniah dr...terkejut jgk tahu2 dah btunang..hehe..ape pun smoga bhgia dlm mcpai mardhotillah

    ReplyDelete
  18. tahniah dr.. :)

    ReplyDelete
  19. tahniahhh,,,~~ ALLAH mengetahui terbaik untuk hambanya

    ReplyDelete
  20. Bagus, mencari-cari juga calon suami seorang doktor, demi memenuhi hasrat seorang ibu,insyaAllah

    nursolehah_noordin@yahoo.com

    ReplyDelete
  21. bestnya isteri doktor tuu nanti ann .. Sakit nanti doktor je yg rawat!

    ReplyDelete
  22. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.