Saturday 29 October 2011

TENTANG JIWA DAN KATA-KATA


KOSONG

Semua orang pernah jatuh. Jatuh daripada satu tahap euphoria dan berkeyakinan diri, akhirnya tersungkur di atas tanah juga. Pada ketika itu jiwa rasa kosong, rendah diri selimut diri dan sedar kembali siapa dirinya. Mungkin ini adalah peluang untuk kita belajar tentang erti kehidupan.

Setelah jatuh, barulah kita tahu betapa kecilnya kita.

Namun ada kalanya kita rasa sukar untuk terima bahawa kita bukan berada lagi di atas. Menyebabkan kita hilang perasaan, bersikap acuh tak acuh dan menyendiri.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah al-Baqarah 2:155) 



INSPIRASI BUKAN MOTIVASI
“Dengan motivasi, semangat itu akan berhenti apabila kita telah capai matlamat kita, tetapi dengan inspirasi ianya akan memberi kesan sepanjang hidup kita,” kata seorang pakar motivasi di radio IKIM.fm.
 Kadang-kadang jiwa kita bukannya perlukan bunga atau pelukan pasangan, tetapi hanya kata-kata yang meyakinkan kita bahawa setiap diri kita mempunyai makna dalam kehidupan ini. Manusia merasai makna apabila memahami dirinya hamba Allah swt dan khalifah kecil di muka bumi. Isteri merasai makna apabila suaminya menghargai pengorbanan beliau.

Bukan semua isteri dapat kata-kata inspirasi daripada suaminya. Bagaimana pula kita ingin dapatkan kata-kata inspirasi daripada Allah swt, sedangkan Dia tidak bercakap dengan kita?

Mencari inspirasi di Forum Syurga Cinta anjuran KAMU '11.
Siapa kata Allah swt tidak berkata-kata? Marilah kita membaca tafsir al-Quran.
AJAL

Jiwa berkecamuk melihat tubuh mayat di atas meja. Berkecamuk ketahui ajal si polan ini telah tiba.

Membaca surat arahan polis untuk bedah siasat, jiwa rasa tidak sedap. Seorang meninggal ditembak polis ketika cuba merompak. Seorang meninggal secara tiba-tiba ketika bersama teman wanita di bilik hotel. Seorang penagih meninggal di jalanan keseorangan.

Apabila jiwa tidak peduli.
Jiwa kata berkecamuk tetapi diri tetap sanggup melakukan dosa.

JIWA FACEBOOK

Jiwa manusia memerlukan kata-kata makna supaya diri dapat hidup dengan positif. Namun kehidupan moden memperlihatkan manusia semakin hidup menyendiri dan ketika bersosial, kurang pengisian bermakna.

Di mukabuku(facebook), jiwa moden menjadikannya medium untuk meluahkan isi hati jiwa. Jiwa meronta-ronta menagih perhatian orang ramai untuk mengisi kekosongan. Salahkah jiwa? Mendamba perhatian adalah sebahagian daripada naluri manusia, namun perlulah diluah pada cara dan tempat yang betul.

Apabila kawan-kawan meluahkan jiwa di mukabuku, marilah kita semua memberi komen kata-kata bermakna. Kerana kata-kata makna akan mengisi jiwa mereka.

Jiwa penyokong Arsenal lusuh.
Mereka sorak kemenangan Man City di mukabuku
tetapi lupa kekalahan mereka sendiri.
Berikanlah kata-kata peringatan kepada mereka.

JIWA SUNYI

Suatu hari dalam perjalanan balik kerja, saya rasa sesuatu perasaan dalam jiwa. Suatu perasaan tidak sedap. Maka saya pasang lagu nasihat Ramli Sarip kuat-kuat dalam kereta. Ternyata ia bukanlah rasa kebosanan.

Saya pergi beli makanan, kemudian makan. Ternyata ia bukanlah rasa lapar. Apabila langit semakin senja, saya persiapkan diri ke masjid untuk bersolat Maghrib. Selepas solat, saya cuba merungkai perasaan dalm jiwa.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 30:21)

Adakah ini perasaan Nabi Adam as sewaktu di syurga keseorangan suatu ketika dahulu? Tiada nikmat sekeliling yang mampu menggantikan. Perasaan jiwa seorang lelaki yang mendambakan seorang wanita sebagai teman.

Kadang-kadang langit pun tidak dapat mengubati jiwa lara ini.
Bukan salah mu langit.

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

18 comments:

  1. inspirasi pnting utk mneruskn hidup.. :)

    ReplyDelete
  2. kadang kala jiwa ini perlu mencube 1001 mcm cara utk menenangkannyerr...namun pastilah mengingati Ilahi menjd keutamaan..tp kadang-kadang ku gemar menyumbangkan suara buat sumbangan hati yang lara

    ReplyDelete
  3. masalah emosi , masalah hati adalah masalah yang paling susah nak handle !!

    back to HIM , that is the BEST way !!

    http://drmuslimah.blogspot.com/2011/10/jawapan-untuk-masalah-emosi.html

    ReplyDelete
  4. kelakar sungguh penyokong ManUre... mereka mengalihkan kemarahan kalah dengan pasukan jiran kepada penyokong pasukan lain.. mereka enggan mengaku yg pasukan mereka bermaen terok.. busuk sungguh jiwa penyokong ManUre.. sungguh saya x faham mereka ini.. adoiyai..

    ReplyDelete
  5. bersbarlah wahai saudaraku...
    sesungguhnye akan tiba saat dan waktu itu..
    dimana kamu akan memperolehi jawapanya...
    andai ada masa terluang carilah buku AKU TERIMA NIKAHNYA dari USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL..atau layri blog ustaz tersebut ( http://saifulislam.com/ ) insyallah dari situ akan perolehi satu cerita tentang kehidupan.. sekian

    ReplyDelete
  6. salam..

    tq akhi. sy sbg medical student, bnyak blajar dgn penglman akhi melalui blog ni. kdg2, betul juga, bila result exam x brapa nk best, jiwa rasa kosong, kecewa, hilang segala euphoria.

    tp kita kdg2 lupa, yang Allah sntiasa ade..^^

    ReplyDelete
  7. salam,

    alhamdulillah sebab Allah kabulkan doa saya dan bagi sy peluang ambil medic....kat india pulak...tempat yang penuh dengan senario2 yang mampu buat kepala jadi pening....ditambah pula dengan kepadatan jadual selaku student first year....semua ni mengajar saya erti sabar, erti syukur....

    tapi saya sedar belajar lagi senang drp kerja....blog ini buat sy lagi sedar akan tanggungjawab besar bakal saya tanggung suatu hari nanti insyaAllah....

    bab cari teman, saya rasa doktor dah boleh mulakan quest tersebut...mencari pendamping setia...mana tau hilangkan sikit kusut di dada...

    siapa pun bakal isteri doktor nanti, mudah-mudahan bahagia ke akhir hayat

    ReplyDelete
  8. semoga bahagia hingga ke akhir hayat....AMINNNN YA RABBAL ALAMIN

    ReplyDelete
  9. salam,,dr jelasnya 1 je etiotropic treatment tuk dr.- anda harus kahwin ni..

    ReplyDelete
  10. salam..da sampai masa ni tuk mengubat jiwa yg kosong tu..
    skrg da jadik mo, satu fasa da berjaya.. tunggu berumah tgga plak pasnie.. =)

    ReplyDelete
  11. salam ziarah, dr,nk minta maaf, tak tahu mcm mana link blog saya byk sgt dekat "links to this post" bawah ni..bukan saya yg buat..huhu..dapat tahu ni pun lepas cek account nuffnang tadi..malu pulak rasanya, tapi tak reti nak remove mcm mana..sorry dr ye.

    ReplyDelete
  12. Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.. Semoga semua urusan Dr. dipermudahkn oleh Allah n sentiasa berada dibawah naugan rahmat Allah..

    ReplyDelete
  13. cari mertati sayap patah..

    ReplyDelete
  14. Roda dunia selalu berputar..pasti satu masa kita akan berada di bawah

    ReplyDelete
  15. browse around this web-site k6a97v2m51 louis vuitton fake replica bags seoul replica bags in gaffar market replica gucci bag f3x02j9v47 zeal replica bags reviews Recommended Reading f9g05k1x29 replica bags replica bags pakistan

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.