Thursday 8 September 2011

SAJAK BUAT CHENTA

Chenta,
Hadirmu suatu rahmat,
Bagiku satu kegembiraan,
Satu suntikan,
Agar ku menjadi lebih baik.


Pulang rumah disambut langit.

















Namun,
Seperti yang ku tahu,
Tiada chenta sehebat bidadari,
Tiada juga lelaki,
Yang sempurna,
Pincangnya chenta,
Ku lihat cermin diriku jua.



Di saat tertekan, langit tiba-tiba muncul.


Ku tersedar,
Ku cinta Ilahi,
Maka ku cintai chenta,
Jika chenta khianati,
Ku tetap ada Ilahi,
Tidak ku marahi,
Kerna,
Ku cinta chenta kerna Ilahi.

Langit tidak pernah letih menemani diri ini.


Maka jika,
Pilihan ku ini,
Diriku tersalah langkah,
Tersalah faham,
Ku tidak marahi,
Ku sedar siapa diriku ini,
Izinkan,
Ku tetap mencintaiMu Ilahi,
Cemburui mereka yang Kau rahmati.
Langit tenangkan diri dalam perjalanan ke Banting.



Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

9 comments:

  1. cinta hanya mungundang duka..

    ReplyDelete
  2. cinta kerana Ilahi..membawa ke jalan yg lebih hakiki..insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  3. kena selongkar kamus dewan dalam kotak ni..nak check dalam kamus balik..apa maksud chenta...1st time tahu ada perkataan chenta ni aha...bagus3x

    ReplyDelete
  4. wah.

    cinta Ilahi kekal abadi.

    Selamat Hari Raya doc!
    =)

    ReplyDelete
  5. cinta..apa ada pada cinta?
    cinta itu sungguh indah..
    yang datang dari hati yang ikhlas..
    cinta yang kekal abadi.. adalah cinta ILAHI..
    kerana cintakan DIA..
    berusahalah untuk mendapatkan cinta-NYA...kerana cinta DIA terlalu agung untuk dipersembahkan..dan kerana cinta dia kekal selama-NYA tanpa rasa jemu mendengarnya.
    kerana cinta merupakan anugerah yang tidak ternilai...


    yang ikhlas...
    dari budak tembam n____n
    sekian...

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.