Thursday 14 January 2010

BERAKHIRNYA SUATU EPISOD

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.

Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Salam dan selamat sejahtera,
Salam 1Malaysia,

Haha, pejam celik pejam celik, sudah 4 bulan saya menjadi doktor. On call, post call, rupanya, episod hidup saya di Jabatan Pediatrik ketemu penghujungnya.

Sebenarnya di sebalik rasa gembira melepasi penempatan pertama, rasa berat hati perlahan-lahan menyusup, rasa sedih menyelimut diri, mengenangkan pelbagai pengalaman susah dan senang sewaktu di Pediatrik. Dari saat dimarah teruk, dibelenggu tekanan hingga ke euphoria membuat bone marrow aspiration, resuscitate bayi, ia pasti kenangan menarik yang akan saya bawa ke penempatan seterusnya.

Layanan MO yang baik, bagaikan ingin melihat anak buahnya berjaya, menusuk kalbu. Terima kasih guru-guru sekalian. Terima kasih jua pada jururawat-jururawat yang tidak pernah gagal mencuri senyuman saya. Gelak ketawa bersama sewaktu 2 pagi, untuk masing-masing melepaskan beban pada bahu seketika, akan dihargai. Harap-harap saya tidak alpa sekurang-kurangnya untuk senyum jika kita berselisih di kemudian hari.

Reunion VolSMU di Kampung Baru Sabtu lepas. 15 orang dapat hadir, mungkin lebih ramai kalau tidak disebabkan on call. Dapat lihat semua kawan ókay', hati rasa senang. Dikatakan tahun depan budak Hosp Seremban nak buat.

Anak-anak, abang dan adik, bayi-bayi sekalian, yang cukup bulan malah yang pra-matang, anda semua telah banyak mengajar doktor tentang erti kesabaran. Maafkanlah jika doktor cucuk hingga 3-4 kali kerna perlu mengambil darah. Doktor tahu, kebanyakan kalinya, anda semua meraung, menangis, menjerit-jerit ibu, bukan kerana mengada-ngada, tetapi kerna sakit dek dicucuk. Terima kasih juga pada adik yang melukis gambar doktor, untuk dihadiahkan pada doktor, walaupun tak sempat doktor menatapnya dek kerana kawan yang on call telah menghilangkannya.

Terima kasih juga kepada ibu dan ayah, yang banyak menolong doktor untuk memeriksa anak-anak. Di saat anak jerit sakit padahal doktor hanya auscultate sahaja, di saat anak hanya nak doktor perempuan sahaja, di saat anak meronta-ronta ketika ambil darah, ketika itulah ibu dan ayah menyelamatkan keadaan sebelum doktor menjadi gila. Tangisan ibu ketika melihat anaknya sakit, menyedarkan saya akan tanggungjawab saya. Ucapan terima kasih ibu sebelum membawa anak pulang melegakan seketika jiwa doktor yang tertekan.

Maaf pada bayi-bayi yang doktor sengaja kejut pukul 2 pagi dek kerana tidak puas hati tak dapat tidur(bangun woi bangun), pada ibu bapa yang kadang-kadang doktor tidak dapat layan dengan baik, pada MO yang kena ulang segala arahannya dek kerana saya berangan, pada doktor pakar di saat saya lupa maklumat ketika bentang kes.

Kini saya akan melangkah ke episod seterusnya dalam hidup sebagai Doktor Perubatan Siswazah di Jabatan Pembedahan, yang kalau hendak dipercaya khabar angin di HKL ni, pergh, jabatan yang paling mencabar. Memandangkan saya akan bermula balik tagging di Jabatan Pembedahan, jadi sedih untuk saya meninggalkan dunia blog saya ini dan pembaca buat sementara waktu. Sehinggalah saya dapat menyesuaikan diri di jabatan baru. Sehingga berjumpa lagi. Isk, isk, isk.

Jika anda berminat untuk baca lebih lanjut, berikut adalah penyakit-penyakit asas yang perlu anda tahu di Jabatan Pediatrik:-
General peadiatric:-
1. Acute Gastroenteritis(AGE), Food poisoning
2. Pneumonia
3. Bronchial Asthma
4. Acute Bronchiolitis
5. Acute pharyngotonsillitis
6. Febrile fit
7. Acute meningitis
8. Clinical GERD
9. HFMD
10. Sepsis
11. Dengue Fever

Neonatology-
1. Respiratory distress(Respiratory distress syndrome, Meconium aspiration syndrome, transient tachypnea of newborn, congenital pneumonia)
2. Neonatal Jaundice(ABO rhesus incompatibility, G6PD deficiency, breastfeeding Jaundice, breastmilk Jaundice)
3. Hypoglycemia in newborn
4. Congenital Heart Disease
5. Prematurity