Friday 16 October 2009

TAGGING = PERHAMBAAN ZAMAN MODEN?

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.

Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Salam bertemu lagi,

Setiap pelajar perubatan yang akan mula bekerja di Malaysia perlu tahu apa itu sistem tagging.

Di permulaan setiap penempatan, houseman perlu menjalani tempoh tagging. Tempoh tagging berbeza antara jabatan dan hospital. Tempoh tagging saya di Institut Pediatrik di HKL baru-baru berlangsung selama seminggu. Di jabatan lain mungkin 2 minggu dan sebagainya. 2nd poster dan seterusnya pula boleh memilih untuk tag 3 hari sahaja setahu saya.

Tagging adalah tempoh pengenalan yang diberi kepada pegawai houseman untuk menyesuaikan diri di setiap jabatan. Ikut hukum alamlah, takkanlah houseman baru atau 2nd poster atau 3rd poster, masuk-masuk dah terus tahu apa perlu dibuat di sebuah jabatan tu kan.

Sewaktu tagging apa yang berlaku adalah, pegawai houseman akan bekerja seperti biasa seperti houseman yang senior sehingga petang(waktu pejabat sampai pukul 5 petang). Jadi apabila houseman senior yang lain balik rumah, houseman yang tagging ni pula kena terus kerja(kena tag) bersama houseman yang on call hari tu sehingga malam.

Sehingga pukul berapa tu sebenarnya bergantung pada doktor pakar/MO/houseman senior yang on call pada hari tu. Contohnya Bunge kat OnG habis selalunya pukul 11 malam(esok pagi mula kerja pukul 630pagi) manakala saya di Paeds secara purata habis pukul 930 malam(mula kerja pukul 730pagi).

Berlainan dengan jabatan lain, jabatan pediatrik akan ada round malam dan saya dibenarkan pulang sebaik sahaja round malam tamat. Jadi bergantung juga pada pukul berapa pakar datang buat round, kerana selain ward saya, ada berapa lagi ward lain. Kalau pakar mula round di ward saya, maka balik awal lah saya hari tu.

Di jabatan lain pula, mengikut pemahaman saya, tiada round malam, jadi waktu balik tu tak menentu bergantung pada keputusan doktor yang on call. Kakak saya di Sungei Buloh pernah tagging sampai 3 pagi di jabatan Surgery, tapi sekali je kut macam tu.

Di waktu tagging ni, adalah penting untuk houseman baru belajar bagaimana sistem rawatan di ward hospital Malaysia berfungsi. Kena tahu (contohnya di Paeds):-
1. apa susun atur case history(ticket) dan clerking di hospital Malaysia
-apa ciri khusus setiap jabatan, contohnya paeds perlu delivery, immunization, developmental dan diet history
-mantapkan dan lancarkan susun atur soalan pada ibu bapa pesakit
-apa yang perlu ditanya bagi setiap symptom di dalam anamnesis

2. bagaimana teknik betul melaksanakan prosedur dan bagaimana prosedur makmal patologi berfungsi
-teknik mengambil darah yg betul, contohnya kalau tak goncang FBC tube nanti clotting, pastu sampel ditolak makmal, pastu kena ambil darah sekali lagi
-kalau sampel darah urgent apa yang perlu dibuat, di mana makmal terletak
-tube untuk FBC, RP, LFT, bekas untuk VBG yang mane satu
-cara ambil nasal swab H1N1 wet and dry

3. apa dokumen perlu tahu atau perlu diisi
-dokumen notifikasi untuk penyakit Denggi, Malaria, H1N1
-dokumen untuk hantar ujian darah
-surat referral
-mana nak baca growth chart, temperature chart, IO chart, PCV chart(Denggi), vital sign
-cara tulis prescription untuk inpatient, outpatient

4. apa rutin harian di ward spt pukul berapa round berlangsung, bila masa buat review dan sbgnya
-pukul brape masuk kerja, buat review, AM round, PM round, night round, pukul brape balik selalunya
-bila nurse ambil VS, kasik ubat
-kalau perlu rawatan segera, apa perlu buat
-setiap lab result perlu ditandatangan, dicop

5. cara untuk bentang kes pada doktor pakar setiap kali round
-apa yang MO atau pakar ingin tahu daripada setiap pesakit
-hafal kes setiap pesakit di bawah jagaan kita(setengah pakar tak kasik baca)
-apa dinamik yang pakar expect kita tahu tentang pesakit
-tahu setiap jenis ubat atau rawatan yang pesakit kita ambil, hari ke berapa(contohnya oseltamivir hari ke-3, cefuroxime hari ke-4, correction NS 1000ml in 12 hours)

6. bagaimana proses discharge pesakit
-dinamik keadaan pesakit
-siapa berkuasa discharge pesakit
-apa dokumen perlu diisi
-kalau diberi ubat, perlu isi PS
-kalau ada follow up, isi buku follow up
-kalau pesakit AEBA pastu nak kasi MDI treatment di rumah, perlu ajar ibu bapa macam mane nak guna

7. setiap kata singkatan yang diguna oleh staf
-BHT fail case history(nama penuhnya saya tanya nurse, senior, setakat ni takde orang yang tahu)
-FBC full blood count, RP renal profile, VBG venous blood gas, blood C&S blood culture and sensitivity
-PCM paracetamol(lepas aku tanya senior tu, rasa malu gila sebab tak tahu), EBB cream
-ICR intercostal recession, DRNM dual rhythm no murmur, PU pass urine, BO bowel output
-PS prescription slip, IO chart input and output, CBD continuous bladder drainage(catheter)
-DAN BANYAK LAGI, yang penting jangan malu tanya
-AGE acute gastroenteritis, AEBA acute exacerbation of bronchial asthma

8. cara memberi rawatan
-cara kira fluid maintenance, fluid correction, potassium deficit, requirement
-cara kira dosage untuk setiap ubat untuk setiap pesakit spt antibiotic, PCM
-cara beri ORS
-cara prescribe nebulizer contohnya kanak-kanak bawah setahun kasik
        Neb. Salbutamol 1:3 stat, kena tahu apa maksud 1:3 tu, berapa mg salbutamol ada dalam ratio tu. Berapa kali dibenarkan kasik Neb jika keadaan pesakit tidak semakin baik. Kita kena auscultate peparu pesakit setiap kali lepas Neb untuk kenalpasti keadaan pesakit. Kesan sampingan Neb seperti tachycardia perlu dipertimbangkan bagi setiap pesakit. Semua ni saya belajar masa tagging.

9. Dan BANYAK LAGI!!!!!!!!

Waktu masuk kerja

Waktu balik kerja
Selepas tempoh tagging ni tak bermaksud kita perlu dah tahu semua. Tidak. Proses pembelajaran akan berterusan, cuma tempoh 'perhambaan' ini mendedahkan houseman dengan sebanyak mungkin supaya beliau memperoleh keyakinan untuk bekerja sendiri tanpa terlalu bergantung pada houseman senior atau MO lain.

Ingat, tempoh tagging ini adalah supaya houseman dapat MENYESUAIKAN DIRI dan MEMBINA KEYAKINAN untuk bekerja sendiri kelak. Disebabkan itu, jika houseman merasakan bahawa beliau belum yakin untuk bekerja sendiri, maka dia boleh minta supaya tempoh tagging disambung sehingga beliau peroleh keyakinan. Ini tidak dikira sebagai extension malah bukan satu yang mengaibkan. Sesetengah daripada kita memang memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri.

Jadi bezanya apabila kita telah tamat tempoh tagging ini adalah, kita akan diberi cubicle sendiri atau pesakit sendiri untuk dijaga. Yakni, daripada clerking, review, ambil darah, prescription, monitor perkembangan pesakit, bentang pada pakar, pasang IV line sehingga ke discharge adalah menjadi tanggungjawab kita. Tiada orang nak mengingatkan bahawa pesakit ni tak amik darah lagi(kadang-kadang nurse ingatkan), IV tak pasang lagi dan sebagainya.

Jadi dengan itu bermulalah hidup saya sebagai houseman yang sebenar. Yang bagusnya balik kerja lepas pukul 5, kalau pakar dah baliklah(jangan balik sebelum pakar balik, atau selagi kerja tak abis). Yang tak bagusnya, bermulalah nama kita masuk jadual on call.

Setakat ni saya baru pernah sekali buat on call. Jadi bila dah banyak kali buat on call nanti baru saya cerita pasal on call ni.

Saya lupa pula nak beritahu yang masa dalam tempoh tagging ni korang akan kerja sampai hari Sabtu dan Ahad. Tiada hari cuti! Tetapi bila dah habis tagging, di Paeds HKL ni saya dapat cuti hari Sabtu dan Ahad kecuali kita on call hari tu(tulah sebabnya saya boleh ada masa tulis artikel ni). Tetapi kalau jabatan lain, tak semuanya begitu. kalau Medical, hari Sabtu dan Ahad, houseman tetap kena kerja, tapi kalau tak silap saya separuh hari jelah.

Semasa saya tagging dulu, memang sangat letih secara fizikal. Tumit tu rasa macam calcaneus tu sentuh lantai dah. Kalau balik pukul 10 tu, barulah pergi cari makan malam. Pukul 11, baca sikit nota ringkas saya untuk hari tu, kemudian tidur. Tidur tu memang rasa tak cukuplah. Walaupun kita rasa letih, tapi tak rasa ngantuk kerana kerja sentiasa ada depan mata. Tapi kalau takde kerja buat seketika tu, rasa kelopak mata ni macam kena gam gajah dah. Letih punya letih, saya rasa adrenalin baru mula kerja tu banyak membantu untuk mengharungi tempoh tagging saya. Kalau saya letih, tak tahulah mereka yang tagging di Medical, Surgeri dan O&G rasa macam mana. Itulah sebabnya, bila saya makan luar ngan kawan lain, kawan-kawan macam Bunge, Izat dan Hana, susah sangat nak jumpa kerana keletihan yang teramat.

Nasihat saya 2 jer, sediakan makanan dan minuman ringan dalam beg siap-siap masa tagging(sebab banyak berpeluh, badan kurang air) dan BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.

InsyaAllah di dalam artikel seterusnya, saya akan ceritakan tentang kelengkapan yang perlu ada pada seorang houseman(kalau dah tentukan awal-awal apa yang nak diceritakan, rajin skit nak menulisnya).

Sebarang soalan berkenaan tagging dialu-alukan.

Salam 1Malaysia.