Monday 21 September 2009

INDUKSI dan BTN

Kemaskini : Berkenaan temuduga, lagilah tak perlu risau. Sesetengah penemuduga tu cuma sekadar cakap, "Ceritakan saya tentang Rusia." Dah habis cerita, tamat temuduga. Tetapi saya kena tanya tentang struktur organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa 'clinical case'.

Saya telah menjalani induksi dan BTN pada 09/09/09 lepas selama seminggu di Casa Rachado, Port Dickson. Tarikh kita mula induksi adalah tarikh gaji kita mula dikira. Memandangkan ianya dijalankan semasa bulan puasa, maka jadual aktivitinya tidak sesak. Selalunya lepas pukul 6 petang, peserta sudah 'dilepaskan'. Sebaliknya, kawan yang jalani induksi di luar bulan puasa, terpaksa dengar ceramah, kadang-kadang sehingga pukul 11 malam. Ujian-ujian tulis tu semua, pasti lulusnya jangan risau.

Jadi siapa yang tengah fikir nanti bila nak daftar temuduga, buat induksi dan sebagainya, ikutlah 'selera' masing-masing.




Penempatan(posting) akan diberitahu samada pada hari pertama atau kedua induksi. Saat tu, kalau nak cerita, ada yang senyum gembira dan ada pula yang menangis. Yang nangis tu bila mintak KL(ketiga-tiga hospital pilihan), lepas tu dapat hospital di Tawau. Tak ke aniaya macam tu. Dahlah perempuan pulak tu. Ada yang mintak Putrajaya dapat Kota Kinabalu, ada yang mintak Selangor dapat Hospital Muar. Ada juga kes minta Hospital Seremban, tak dapat. Tapi orang yang tak mintak langsung, dapat pula Hospital Seremban. Jadi bersiap sedialah, terutama sekali kaum Hawa ni.

Sebenarnya janganlah duduk berangan sangat aku nak kerja kat hospital inilah itulah. Belum tentu dapat.

Tapi mereka yang tak berpuas hati, bolehlah membuat rayuan. Harapan tipis kecuali mereka yang dapat Sabah dan Sarawak. Selalunya bila rayu akan dapatlah hospital kat semenanjung.

Apa-apapun, saya telah dapat penempatan di HKL, iaitu hospital yang saya mintak(ketiga-tiga pilihan saya letak HKL jugak).

Tapi yang paling kejam lagi durjana adalah kita akan dipanggil kerja keesokan harinya tarikh kita tamat induksi(kecuali hujung minggu). Contohnya saya tamat induksi 15/9, tarikh daftar di HKL 16/9. Saya petang tu terpaksa tergesa-gesa balik ke Skudai, Johor. malam tu kemas semua barang-barang, kemudian esok pagi pukul 6, bertolak ke KL. Tak ke letih.




Sebarang kenyataan di dalam blog ini tidak semesti semuanya betul. Ia hanyalah hasil pendapat penulis dan tidak sesekali dijadikan satu-satunya panduan untuk bekerja.

14 comments:

  1. selamat bekerja..saja nk jd pengomen 1st

    ReplyDelete
  2. saya setuju sgt dengan inisiatif saudara azzad buka blog ni.supaya usaha saudara azzad diberkati tuhan.

    ReplyDelete
  3. haha, ajak kawan2 lain baca sekali. komen banyak2 baru semangat nak tulis. tapi rasanya paling kerap pun mungkin sebulan skali lah.mungkin awal2 ni banyak skit benda boleh cakap.

    ReplyDelete
  4. ok gak azzad ko buat blog ni.boleh cerita sket tak berkenaan rayuan?procedure dia, surat sokongan dan lain2..

    -matpi-

    ReplyDelete
  5. Pada hari pertama atau kedua induksi, kau akan terima satu sampul surat berkenaan penempatan kau. Di dalam sampul tu ada surat tawaran tempat kerja dan surat sampel rayuan. Rayuan mesti dibuat sewaktu induksi tu jugak, kalau macam masa aku kena serahkan 10malam hari tu jugak. Surat rayuan perlu diserahkan kepada fasilitator induksi dan dia akan hantarkan. Keputusan rayuan tu akan dapat pada hari terakhir induksi, samada dapat atau tidak dan hospital mana(sebab dlm surat rayuan tu dia suruh letak 3 pilihan jugak).

    Kalau kau contohnya dapat hospital pilihan ketiga, tak guna kau rayu. Hanya yang tak dapat hospital dalam pilihan je yang selalunya diterima rayuannya.

    Jadi pastikan ketiga2 pilihan hospital yang kau pilih tu, adalah hospital yg kau nak.

    ReplyDelete
  6. pasal ujian2 yang mase induksi tu...soklan2 camane die tanye?

    ReplyDelete
  7. mase induksi ni wajib ke baju kurung putih/ shirt putih?

    ReplyDelete
  8. azzad...cikgu terbaca blog awak ni....selamat menjadi doktor yang hebat dan penuh passion dalam bekerja dan servis kepada pesakit walaupun awak sendiri struggling inside.....i'm sure you'll turn out just fine after your Housemanship.....teruskan berusaha....senyum selalu pada pesakit ya jgn lupa.....

    ReplyDelete
  9. thankss wat blog ni..
    teruskn menulis pengalaman anda di sini..
    insyaAllah sy bakal pulang ke msia juga...
    takoott sebenarnye..sbb mcm2 cerita kita dengar...

    ReplyDelete
  10. salam dokter...boleh pilih ke tempat n tarikh utk pergi induksi...???

    ReplyDelete
  11. tidak boleh pilih. surat akan sampai ke rumah memberitahu alamat dan tarikh induksi. tetapi kalau nak tangguh boleh tulis surat minta tangguh.

    ReplyDelete
  12. nice blog :)
    keep it up

    -bakal dokte

    ReplyDelete
  13. macam mana proses nk tangguh induksi tue ek? boleh huraikan x? tq

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.